jom chat sini!!!!

Catatan Popular

Ahad, 31 Oktober 2010

BILA BADAN SI KECIL PANAS!!!

SALAM semua..tadi mama godek2 majalah pa&ma..mama terjumpa artikel ni...kebetulan anak mama tu tengah demam....mama jadi blur cam tak tau nak buat apa selain bg ubat dan jumpe doc...ni mama pastekan kat sini k...


Bayi anda merengek lagi. Kali ini bukan kerana lampinnya basah tetapi kerana badannya makin panas. Anda cuba membasahkan kain dan mengelap ubun-ubunnya. Namun, bayi terus merengek.
Tiada jalan lain, anda perlu berjumpa doktor. Nampak mudah tetapi sebenarnya anda juga perlu mengetahui apa yang berlaku kepada bayi. Ikuti panduan di bawah.

Deman
Umumnya, demam dilihat sebagai cara tubuh mempertahankan diri daripada serangan penyakit yang diakibatkan oleh virus, bakteria atau fungi. Tidak kurang pula, demam dikaitkan dengan perubahan yang berlaku pada tubuh seperti pertumbuhan gigi.
Oleh itu, demam panas disifatkan sebagai sebahagian daripada kehidupan. Biarpun demam panas pada kanak-kanak boleh dirawat tetapi ia boleh menyebabkan masalah tertentu jika tidak dirawat sebaik mungkin. Kebanyakan penyakit yang mengancam kesihatan bayi bermula dengan demam. Demam panas boleh menyebabkan kekejangan tubuh bayi atau kanak-kanak dan hal ini pasti mencemaskan ibu bapa.

Suhu
Apa yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anak mengidap demam? Paling awal sebelum anda berjumpa dengan doktor, ukur suhu badan bayi dengan menggunakan termometer. Lihat sama ada suhu badan bayi anda naik melebihi suhu normal (sekitar 37°C). Sekiranya suhu badan mencapai 41°C, adalah lebih baik sekiranya anda membawa bayi berjumpa doktor.

Bagaimana pula caranya untuk menggunakan termometer?
Sebaiknya anda mengambil suhunya dengan meletakkan termometer di ketiaknya. Pastikan anak tenang, setengah jam sebelum anda mengambil bacaan suhu. Kerana bayi yang menangis dan meronta akan menyebabkan suhunya meningkat lebih tinggi.

Pakaian nipis
Seterusnya pakaikan pakaian yang nipis. Pakaian yang nipis membenarkan pelepasan haba tubuh ke persekitaran. Jika perlu gunakan kipas angin atau pendingin udara tetapi jangan halakan ke tubuh bayi. Memandangkan demam menyebabkan kehilangan air dalam badan melalui kulit, anda digalakkan memberi
anak minum air yang secukupnya secara beransur-ansur. Rendahkan suhu badannya dengan menuam kepalanya menggunakan kain basah.

Elak bayi tidur sendirian
Pastikan anda atau suami bergilir-gilir menjaganya untuk memastikan suhu badannya stabil. Biasanya suhu badan anak akan meningkat ketika dia tidur. Jadi, pastikan dahi dan tubuhnya dilap dengan kain basah hinggalah suhu badannya pulih. Kelalaian anda mungkin boleh mengundang akibat buruk jika dia mengalami kekejangan tanpa anda sedari!

Kejang
Demam panas boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan. Ini biasa berlaku pada bayi yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun. Usah cemas, anda sendiri boleh menangani masalah ini di rumah (melainkan keadaannya sukar dikawal).

Tanda kejang
*Tubuh kaku, rahang dan tangan kekejangan dan riak wajah berkedut.
*Bola mata berputar ke belakang.
* Keluar air liur.
*Pengsan (kadang-kadang)

Apa yang perlu anda lakukan?
*Baringkan tubuh anak di atas permukaan yang lembut, tetapi jangan menghalang pergerakannya.
*Jika anak muntah, tundukkan kepalanya ke sisi untuk mengelakkannya daripada tersedak.
*Biarkan mulut anak bebas dari menggigit sesuatu.
*Turunkan suhu badan anak dengan mengelap menggunakan kain basah atau mandikannya.
*Longgarkan pakaian anak.
*Jika nafas berhenti, berikan bantuan pernafasan.
*Setelah kekejangan berakhir, berikan anak minum air sejuk (bukan berais)

Sabtu, 30 Oktober 2010

special entry to my mom..




SALAM semua..
kat sini mama nak wish congratulation to my mom..Siti Rukiah Harun kerana selamat melahirkan baby boy pada 27 oktober lalu...
adik mama tu berat jugak...hehe...3.6 kg dan dilahirkan secara normal...
congrats ma!!!!!

wish u selamat berpantang...

rindu nak aktif berblog..

SALAM semua...
sebenarnya mama rindu sangat nak berblog cam besa..tp oleh sebab kemalasan yg berganda ditambah plak anak dara mama yg selalu buat perangai mama jadi malas plak..hehe..alhamdulillah mama sekarang sihat2 je..tp han plak demam ari ni + sesema..ni suma sebab kena ujan semalam...sori sayang...ni mama yg bawak sayang kluar ni..
sekarang ni mama dah preggy 14 minggu..more two weeks cukup le 16 minggu...4 bulan la kan...cepat je masa berlalu..sekarang ni mama tengah bercuti study weeks...pastu cuti mama akan bersambung dengan cuti khas 2 minngu...so maknanye mama bercuti 3 minggu la...
haa...lagi satu perut mama ni dah mula mengeras tu...rase cam early stage lagi je..yela time hani dulu mama stat kena Braxton Hicks (BH) ni masa kandungan mama 5 bulan lebih...dan kesannya...mama bersalin sewaktu 35 minggu..sekarang ni makin cepat mama rase walaupun tak kerap sangat..adakah tu petanda awal mama akan bersalin lagi awal dari mama bersalinkan hani dulu...
waaahhh...cuaknye la hai...
mama nak buat entry khas tuk my mom..tp dengar hani yg dok dalam buaian tu sesema..cian anak mama... :(

Khamis, 14 Oktober 2010

kisah mama dan hani....

SALAM semua...
semalam hari yg amat mama tak suka..cincin mama hilang..tp tak mo cerita pasal tu...buat mama sedih je...semalam jugak mama terkantoi dengan misi dari KK yg mama kenal...yela..dulu selalu g check up kat dia time preggy kan si tecit hani tu...time tu mama kat umah bs hani..tengah sakan menyembang tu misi tu datang ke dapur..hehe..dia datang sebab anak bs tu kzm...so misi datang le umah..misi tu tegur mama..mama cakap la mama anta anak mama kat sini..pastu bs hani tu g bukak cerita mama pregnant lg..hadoii..dah masuk 3 bln dah...misi tu ckp ni yg nk marah ni...mama sengih jela..nak wat camna misi oii...lekat lagi...kan rezki tu..hahaha..lastnyer misi tu suruh mama g bukak kad ari ahad ni..sebab takut hb low..lg bahaya..silap hari bulan 7 bulan pun si tecit ni dah kluar..mama ia kan jela...misi tu ckp pegi..saya tunggu...kalo tak datang saya tau kat mana nak cari awak..kuikuikui...okeyyy..dah abis cerita mama...
lama mama tak cerita pasal anak dara mama tu...last two weeks mama n abah pegi cucuk hani 5 bulan...n timbang sekali..berat anak mama kali ni 5.6 kg je..naik 200 gram je..nampaknyer berat anak mama tak memberansangkan la..hehe..pandai je mama ni...mama tak nak la hilang ketembaman anak mama tu..
ok la...jumpe lagi...daaaa...

Selasa, 12 Oktober 2010

Hati Seorang Wanita...

SALAM semua..hari ni mama langsung tak sihat...cuma lalu makan sup je..tu pun bs hani yg datang hantar tgh ari td...sekarang ni mama nak paste kan jugak pe yang mama amik dari 1 website tu semalam...sebab isinya macam menarik...hehe....

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi ,termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.(betul..betul..walaupun suami ku itu bukan lah bf pertama ku...tp dia lah cinta pertama ku... :p )

Isnin, 11 Oktober 2010

Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

SALAM semua...lama sungguh mama menyepikan diri...sekarang ni mama asyik rasa tak sihat...tak dapat nak mengadap laptop ni lama2...kalo lama sikit mula la kepala ni pening...rasa loya...macam2 lagi...hari ni mama saje nak pastekan tips2 ni..mama jumpe dalam satu website tu...harap2 en.suami mama baca la ye...hehehe... :)

(maaf yer agak panjang sikit)

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan
adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang

Selasa, 5 Oktober 2010

anak itu penawar duka...

SALAM semua...
memang betul la kata orang anak itu penawar di kala hati kita sedang luka...(jwang2 la plak mama ni)...semalam en.suami dah balik sebab kena keje ari ni...huhu...mama cam besa la ok je time en.suami nak balik..tp bila pas beliau balik mula la..hati ni dok teringat2...bila hati dah teringat air mata ni mula la gediks nak keluar...tak suka betul...malu mama nak cerita..tp rasenyer perkara camni selalu berlaku bila suami steri tu tinggal berjauhan kan???
pastu semalam pas hani dah tido mama pun melayan perasaan sengsorang....huhu..last skali terus menangis teresak-esak...rase penat hidup camni...rase nak benti blaja..rase nak drive terus g kat en.suami...Ya Allah susahnyer hidup camni...
bila mama menangis...tak de la kuat sangat tp hani bergerak2 pastu terus dia bukak mata dia...hani terus tengok mama...bila dia dengar mam menangis teresak2 tu...terus dia gelak..mengekek...mama terus stop menangis sambil tengok hani pelik...padahal time tu mama dah tutup lampu...masuk bilik awal...tak de mood nak tengok tv...
walaupun air mata dok turun lagi mama terus tanye kat hani...adik gelak kenapa??
mama tengah sedih ni bukan mama buat lawak...hani lagi suke...lagi kuat dia gelak...
mama apalagi terus tak benti nangis...sambil gelak ngan hani...pastu mama dah tak nangis dah..mama layan je hani sampai mama dengan hani tertido.... :)


p/s untuk baby mama : thanks sayang kerana hadir dalam hidup abah dan mama..luv u so much....