jom chat sini!!!!

Catatan Popular

Selasa, 15 Februari 2011

Tanda-tanda bersalin..

SALAM semua...

hari ni pun mama rajin dok godek2 tenet tuk cari pasal tanda-tanda nak bersalin...saje gatai tangan..hehehe...time hani dulu mama cari jugak...tp tak simpan pun dalam blog ni haa...bukan apa...takut jugak mama kalo terbersalin awal kan...

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

■sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
■kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
■sakit perut, memulas
■kerap buang air besar
■kerap terkentut

(hmmmm...mama tak tau macam mana yg dikatakan baby dah turun ke bawah...tp pe yg mama tau...nak terkencing tu memang selalu sangat..kadang2 baru pas kencng pun mesti rase nak terkencing lg..sakit perut memulas tu hampir setiap hari...lepas tu terpaksa la mama g ke toilet..hehe...buang air besar pun setiap hari..kadang2 sehari 2 @ 3 kali tau...kerap terkentut??..emmm..malu nak ngaku..kahkahkah...) ~adakah simptom2 yg mama rase tanda baby dah turun ke bawah?? mushkil....

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim.

(mama perasan jugak ada...tp mama tak pasti sama ada yg tu discharge ke apa..)


Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(yg ni of coz tak de lg k...)

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

(haa...sakit belakang ni dari 3 bulan lebih dah sakit...tp skang ni lg sakit..)

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

(tak de lagi..)

owh...mama baru nak masuk 30 minggu tau...tp nak persediaan takut bersalin awal....hehe...

k la daaa....jumpe lg...

Tiada ulasan: