jom chat sini!!!!

Catatan Popular

Selasa, 1 Mac 2011

memotivasikan isteri...

SALAM semua..
hari ni mama postkan entry memotivasikan isteri..mama copy dari ratuhati...thanks kak hana for sharing..

jom kita baca...semoga kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan juga redha suami...insyallah...

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
catatan mama :pasni mama kena wat air kat en.suami tanpa menanya dan disuruh + tak merungut bila disuruh...hehe..

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
catatan mama :kena rajin masak ni..tambah plak en.suami mama tak suke makan luar..tak puas katanye..hehe...ok...mama masak tiap ari ye kalo abah ada...

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
catatan mama: Kena kerap bersama ni....(psssttt...abang..plez bg wife abang ni tambah pahala banyak2 ye...=) )

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
catatan mama:ok...get ready to next pregnancy...hahahaha..

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
catatan mama: kena bersangka baik jela pasni...hehe..

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
catatan mama:erkkk....kena tanye en.suami skali lg...

g) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
catatan mama : Amin..insyallah..

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
catatan mama: Insyallah..masih banyak yg perlu diperbaiki...

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

kena ubah niat....berkahwin kerana ALLAH... :)

Tiada ulasan: